22 December 2012

Jaga aurat Vs Jaga Hati?



Ayat yang sangat biasa kita dengar:

 Buat ape nak tutup aurat,bertudung labuh,baju labuh kalau hati busuk? 



Recently aku terdengar seorang hamba Allah (*nama dirahsiakan) dengan bangganya berkata,

 Jaga hati tu yang penting sebelum nak tutup aurat bagai. Kalau kita tutup aurat sekalipun tapi kalau ade orang niat jahat nak kenakan kita same je. 
Benarkah ini semua???

Sebenarnya ramai yang terpengaruh dengan kata-kata ni. Sebab tu ramai orang Islam kini membuat keputusan untuk membuka aurat dengan sewenang-wenangnya dan menganggap hanya hati yang perlu dijaga.

Perlu ke kita jaga hati???

"Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging,
apabila segumpal daging itu baik, maka akan baiklah
seluruh tubuhnya, dan apabila ia jelek maka jeleklah
seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu
adalah hati".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Maknanya?

Kita memang perlu jaga hati, sebab kalau hati kita buruk maka buruklah luaran kita. Tapi adakah kita hanya perlu menjaga hati semata-mata?

Okey cuba kita bandingkan dengan menjaga kesihatan? Kalau organ dalaman kita sihat maka tubuh luaran kita juga akan sihat kan? Macam mana pula nak jaga kesihatan organ dalaman tu? Mestilah daripada pemakanan dan gaya hidup yang sihat kan.

Kalau nak hati bersih ape yang perlu kita buat?
Kenalpasti dulu apa sebab hati jadi kotor?
Setiap dosa yang kita lakukan menyumbang kepada satu titik hitam atas permukaan hati kita kan? Kita ni manusia memang tak terlepas daripada melakukan dosa kan?

Good news!

Dosa kecil boleh dihapuskan dengan cara beristighfar dan mengambil wudhuk. Alhamdulillah, dapatlah kita jaga kebersihan hati kita tu.

Tapi, macam mana kalau kita tak tutup aurat? setiap kali orang nampak aurat kita, kita dapat dosa. Bertambah jugaklah titik hitan atas permukaan hati kita. Dah tu macam mana kita nak jaga kebersihan hati kita tu? perbuatan tu ibarat tabur habuk atas lantai sambil menyapu. Penat menyapu tak hilang tapi habuk asyik bertambah setiap masa. tak fade up ke nanti?

So? What's your decision?

Lebih baik baik kita kurangkan titik hitam atas permukaan hati kita sambil kita bersihkannya bukan?

Tutuplah aurat wahai saudaraku sayang :D
wasalam.




4 comments :

Ir Jinggo said...

kata Sheikh Nisar Nadiadwala, menjadi seorang Da'ie ibarat seorang doktor. Rawat punca, bukan sekadar rawat simptom. Tak tutup aurat itu simptom. Puncanya adalah aqidah itu sendiri. Kalau aqidah benar, apa2 yang Allah suruh dia akan buat. Bukan kerana avoid dicabul, bukan kerana nak nampak lawa, tapi pakai tudung kerana ALLAH. ;)

AisYah said...

Thanks for the comment. Make it short do everything because of Allah :D

Isya said...

orang yang cakap tak payah ttup aurat tu ekcelli saje nak cari alasan.. hehe

AisYah said...

Haha betul3

Post a Comment

*Bentang karpet merah*
~Teguran anda amat saya hargai,sebarang perkongsian atau pembetulan fakta amat dialu-alukan~
Terima kasih :D
SIlakan komen

Template by:

Free Blog Templates