27 November 2012

Pergi takkan kembali

Alhamdulillah, sakit kepala semalam pulih selepas setengah hari menahan sakit.

Semalam, agak awal aku tidur sebab tak mampu menahan kesakitan. Denyut kat kepala ni tersangatlah kuat dan mata kiri aku jadi kabur. Sebelum melelapkan mata, aku masih memaksa diri membaca nota electronics. Alhamdulillah input yang sedikit pada malam tadi membolehkan aku menjawab satu soalan. Disebabkan kesakitan yang makin menyengat aku paksa diri untuk tidur. Mungkin aku menangis menahan sakit ketika tidur sebab waktu bangun mata aku terasa sangat pedih.


Selepas selesai solat Subuh, aku duduk menghadap nota electronics dengan harapan dapat menambah input untuk jawab exam pada pukul 9 pagi. Sambil-sambil tu aku selak nota usrah aku. Tertarik dengan satu ayat yang aku highlight dengan warna oren.

Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati.

Waktu tu, aku terasa sangat bersyukur kerana sakit kepala yang aku alami pada malam tadi tidak memberi kesan buruk yang mungkin mengakibatkan kematian. Siapa tahu kan?

Walaubagaimanapun, aku perlu terima hakikat : Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Lantas aku teringat kata-kata Laksamana Sunan, watak cerita Bagaikan Ratu yang ditulis oleh Ramli Awang Murshid.

"Mati itu pasti,Hidup itu in sha Allah."

Suasana pagi tadi meransang otak aku untuk kembali ke zaman silam. Terngiang-ngiang kata-kata Cikgu Syariah kat MRSM dulu.

"Nak jumpa Allah tak?"

Waktu tu ramai yang menjawab dengan yakin, tak terkecuali aku.

"Nak!"

"Kalau nak jumpa Allah kenalah mati dulu. Baru boleh jumpa. Kita dah bersedia ke nak jumpa Allah ni?"

Ya Allah. Sungguh diri ini sangat tak bersedia. Malu rasanya berkata rindu tapi masih belum bersedia nak bertemu denganMu.

Kalaulah malam tadi Allah mintak balik nyawa yang dia beri pinjam pada aku? Sungguh aku tidak bersedia.

TAPI

Setiap yang hidup PASTI akan mati... kalau asyik tak bersedia macam mana? 

Analoginya seperti peperiksaan. Meskipun telah diberi Study Week masih ada lagi pelajar yang tidak bersedia nak ambil exam. Kenapa? Masa yang diberi tak digunakan dengan optimum. Macam itulah hidup ni. Masih banyak masa yang aku bazirkan sedangkan Allah akan menjemput aku pada bila-bila masa sahaja.

Tanpa aku sedari, sedikit demi sedikit nikat yang Allah beri pinjam dulu Allah dah tarik balik. The obvious one? My vision. Beberapa minggu lepas aku jalani pemeriksaan mata dan ternyata tahap rabun aku dah meningkat. Seseorang pernah memberitahu aku bahawa:

Barang pinjaman kenelah pulangkan balik...everything that we have is not completely ours..So, be ready to give them to their owner back 

Macam-macam Allah bagi pinjam pada kita, tubuh badan, nyawa, keluarga, kawan-kawan semuanya Allah punya. Bila-bila sahaja Allah boleh hilangkan pandangan aku, ambil balik nyawa aku, ambil ahli keluarga aku dan kawan-kawan aku. Pernah suatu ketika dahulu aku adukan hal ini kepada seseorang. Aku sangat menyayangi ahli keluargaku. Tak sanggup nak berpisah dengan mereka. Apatah lagi dalam tempoh tiga tahun akan datang mungkin aku tak dapat bersua muka dengan mereka kerana aku bakal melanjutkan pelajaran ke Australia. Bohonglah aku tak sedih. Bahkan kedua-dua mata ni pernah menitiskan air mata kerana terlalu rindukan mereka. Hanya doa yang dapat aku kirimkan. Semoga Allah menjaga ahli keluargaku.

 Kalau sayang berilah peringatan.

Jawapan yang aku terima daripada seorang sahabat membuatkan aku berfikir sejenak. Adakah peringatan yang dimaksudkan tu ialah mencipta memori indah bersama supaya ada kenangan yang boleh dijadikan pengubat rindu.

"Eh,salah tu. Semua yang ada kat dunia ni bersifat sementara. Termasuklah memori-memori kita ni. Bagi mereka peringatan. Peringatan tentang Allah, tentang hari akhirat. Supaya kita sama-sama atas landasan keredhaan Allah. Dan pengakhirannya esok di akhirat In sha Allah kita akan bersamanya di Syurga Allah.Itu baru betul sayang."

Ya Allah aku sangat sayangkan ahli keluargaku. Semoga kami bersama digolngkan dalam golongan orang yang beriman.

Ya Allah terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan aku tentang diriMu. Alhamdulillah Ya Allah.

*Sekian untuk kali ini. Sakit kepala mula nak menyerang lagi. Semoga ini sebagai kafarah dosaku. Amin.







0 comments :

Post a Comment

*Bentang karpet merah*
~Teguran anda amat saya hargai,sebarang perkongsian atau pembetulan fakta amat dialu-alukan~
Terima kasih :D
SIlakan komen

Template by:

Free Blog Templates