29 April 2013

Oh kesihatanku :Jadual Makan

 
 
Alhamdulillah. Rahmat Allah masih bersama kita. NikmatNya yang melimpah ruah masih diturunkan kepada kita. Salah satu nikmatNya yang perlu kita syukuri ialah nikmat kesihatan. Sihat sebelum sakit.

kredit

kredit
 Bab yang berkait rapat bagai isi dengan kuku dengan kesihatan ialah bab pemakanan. Disebabkan kita dilimpahkan dengan kepelbagaian makanan ,ada yang terkeliru adakah dia makan untuk hidup atau hidup untuk makan. Bagi mereka yang komited dengan penjagaan kesihatan sudah pasti mereka mengawal pemakanan mereka agar ianya tidak memberi impak buruk kepada kesihatan mereka kelak. Secara umumnya beginilah rupa jadual pemakanan seharian kita:
kredit


Bagaimana kalau kita alpa dan leka, lansung mengabaikan waktu makan tersebut? Berdendanglah perut mengalunkan irama kelaparan. Badan juga menjadi lesu akibat kekurangan tenaga. Subhanallah,uniknya ciptaan Allah. Selepas isyarat diutarakan dengan pantasnya otak bekerja mencari solusi untuk menenangkan irama kelaparan tadi. Alhamdulillah, dengan rezeki yang diberiNya dapatlah kita mengisi kekosongan perut dan menghentikan muzik keroncong yang didendangkan.

Tapi...

Bagaimana dengan rohani kita? Tiada irama keroncong dimainkan. Tiada indikator atau kayu ukur yang terlihat bagi mengenalpasti. Adakah rohaniku sihat walafiat? Adakah ianya kurus keding seperti tiang elektrik? Atau adakah ianya normal dan memiliki BMI (Body Mass Index) yang ideal?
kredit


Sedang kita leka menguruskan sesuatu yang nyata kita mengabaikan yang sebaliknya. Kasihan rohaniku. Kepada yang terleka semoga penulisan ini mampu mengingatkan dan kepada mereka sudah peka akan hal ini jadikan ia suatu peringatan agar kita tidak lupa.

Sekiranya kita ada jadual pemakanan jasmani yang sihat, tiada salahnya kita menyediakan juga jaual pemakanan bagi rohani kita. Uniknya, rohani kita tiada had maksimum dalam menerima "makanan" tersebut. Maka, marilah kita menyuapnya dengan rakus dan banyaknya. Eheh :)

Jom kenyangkan rohani kita :)

kredit 
Semoga bermanfaat :)
*Mari makan
-senyum-






Template by:

Free Blog Templates