03 November 2012

Demi masa...


Tik tok tik tok...

Sekarang ni masa makin pantas berlalu kan?Lebih laju daripada LRT, lebih laju daripada bullet train, lebih laju daripada yang terlaju *eh?


Tanpa disedari terlalu banyak masa yang dah dibazirkan...tanpa kita sedar...kita dah tergolong dalam golongan orang2 yang rugi...

Sebenarnya ayat tadi lebih layak ditujukan untuk diri sendiri...masa asyik dibazirkan dengan perkara yang lagha...yang melalaikan...macam manalah hati ni nak rasa tenang dan istiqamah?

Teringat kata-kata Kak Fatin:
"Gelas kalau penuh berisi air, kalau kosong berisi angin atau habuk...masa kita kalau tidak diisi dengan perkara2 yang bermanfaat, ia akan terisi dengan perkara yang tak bermanfaat...sama macam gelas tadi."

Hakikat yang sangat benar...diri ini selalu hanyut dalam kelekaan...masa terisi dengan perkara yang melalaikan...menjauhkan hati daripada yang mencipta....kalaulah ALlah tunjukkan keadaan hati ni...mesti malu nak tunjuk hati ni...

Diri ini juga mengagumi dua orang sahabiah yang sering kelihatan sibuk...life sebagai student yang sentiasa dibanjiri tugasan daripada lecturer...sahabiah ni masih mampu berkorban masa untuk kerja2 persatuan...kerana terlampau sibuk nak tengok movie kat laptop pun tak sempat...Masya Allah...optimum sungguh masa yang mereka gunakan dalam hidup mereka

Kesimpulan yang aku buat untuk diri sendiri...sibukkan diri dengan perkara2 yang bermanfaat....sibukkan diri dengan perkara yang diredhai Allah...Inshaallah, masa kita akan sentiasa cukup...bahkan hati kita akan sentiasa tenang....jadilah golongan yang beruntung yang berpesan-pesan kepada kebaikan...dan berpesan-pesan ke arah kebenaran :)
wasalam


 

0 comments :

Post a Comment

*Bentang karpet merah*
~Teguran anda amat saya hargai,sebarang perkongsian atau pembetulan fakta amat dialu-alukan~
Terima kasih :D
SIlakan komen

Template by:

Free Blog Templates