04 November 2012

Best friend forever

 
Best friend forever... 
Sweetnye quotes tu kan? Memang fitrah hidup kita perlu berteman kan? Kawan pun teman jugak...bukan cuma teman hidup je ok? :)

Kenapa agaknya dalam ramai-ramai kawan yang kita ada tu, akan ada beberapa orang yang kita angkat darjat dia sikit? Bukan angkat darjat jadi kerabat diraja atau apa...tapi mesti ada yang kita label as Best Friend kan? adakah sebab best berkawan dengan dia sahaja?atau sebab kita berkongsi banyak persamaan? 

Reasons please!
Q:Kenapa anda ada best friend?

List of Answers:
  • Kami banyak persamaan
  • Dia memahami saya
  • Kami tak pernah gaduh
  • Dia baik
  • Dia selalu ajar saya
  • Dia selalu tolong saya masa saya susah
Dan lain-lain lagi...think it yourself wahai si bijak bestari.

Me myself pun pernah mengangkat darjat beberapa orang kawan as kawan baik...tapi adakah diri ini juga kawan baik kepada kawan2 baikku itu? *dear my friends don't reply this...I don't want to be sad with your answers :'(

:p
*mengarut

So, macam mana yang dikatakan kawan yang baik?
 Uish ada ke agaknya kawan yang bila dia melihat diri ini dia teringat Allah, apabila mendengar percakapanku manambahkan kefahaman agama dan apabila melihat gerak-geriku mengingati mati?

Masya Allah...tengok diri kat cermin pun takde rasa macam tu...macam mana pula agaknya pandangan sahabat-sahabatku tentang diri ini???
Bagaimana pula dengan tingkatan Ukhuwah? Sudahkan kita mencapai tingkatan ukhuwah tertinggi dalam hidup ini? Apa yang dimaksudkan dengan tingkatan ukhuwah?

Tingkatan Ukuwah terbahagi kepada tiga:
Berlapang dada atau bersangka baik (Husnudzon)
Firman Allah Ta’ala, ”….dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (Al-Hasyr:10)
 -Inshaallah ianya sangat praktikal...bersangka baiklah dengan sahabat kita...namun ini merupakan tingkatan ukhuwah yang paling rendah

Sama Rata
-merasakan apa yang dirasakan oleh sahabatnya, apa yang dia ada sahabatnya ada...berkongsi persamaan barangkali
Rasulullah saw. Bersabda, “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga mencintai untuk saudaranya sebagaimana mencintai untuk dirinya sendiri.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Itsar
-Itsar merupakan tingkatan tertinggi dalam Ukhuwah. Maksudnya: mementingkan orang lain melebihi diri sendiri.

“….mereka (Anshar) ‘mencintai’ orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan….” (Al-Hasyr:9)

Subhanallah...mampukah kita menjadi seperti itu? Inshaallah boleh...niat yang baik diikuti dengan langkah yang baik akan diredhai Allah dan Allah pasti akan membantu kita ke arah kebaikan. :)

Wasalam




0 comments :

Post a Comment

*Bentang karpet merah*
~Teguran anda amat saya hargai,sebarang perkongsian atau pembetulan fakta amat dialu-alukan~
Terima kasih :D
SIlakan komen

Template by:

Free Blog Templates