13 September 2012

Forever in LOVE


Apa agaknya yang bermain dalam kepala orang if ade orang cakap "I'm forever in LOVE."

Ramai remaja sekarang ni yang bukan main melayan perasaan CINTA mereka kan? Bagi mereka sapa yang xdak pasangan(kekasih) ni macam loser sesangat je...Siap ada yang menubuhkan group forever alone...Astaghfirullah. Entah ape2 saje...tapi kita bersangka baik jelah ye...barangkali mereka hanya mahu bermain2 dengan istilah tersebut. Hakikatnye tiada siapa yang FOREVER ALONE ni tau...Kenapa??? Sebab kita tak pernah dibiarkan keseorangan oleh Allah. Kalau kita terasa keseorangan tu kemungkinan besar kerana hati kita telah jauh daripadaNya.

Setiap hari ada je kawan2 aku yang update status2 cinta, tweet2 cinta, entries kat blog pun pasal cinta...Seronok kan bercinta? Syukur sangat Allah ciptakan perasaan cinta pada kita. Cinta memang sangat2 indah kan? Kalau aku cakap aku bercinta orang akan tanye

"Siapa boyfriend kau??"

Byfriend?



Haha...merapu plak aku nih...hmm kalau bercinta perlu ke dengan boyfriend or girlfriend kawan??patutla mereka yang xde boyfriend or girlfriend terasa FOREVER ALONE kan??Gitu kisahnye..hehe

Jangan risaulah kawan2...Allah akan SENTIASA bersama kita...apalah sangat cinta manusia kalau nak dibandingkan dengan cinta kepada Allah... Dia bukan sahaja telah menciptakan kita, malahan setiap nikmat yang kita dapat dari awal kelahiran sehingga akhir usia nanti Allah yang beri...

Bercinta dengan Allah sangat2 indah sebab:
-tak perlu berebut ngan orang lain.
Allah sayang makhluknya equally
-Tiada istilah bertepuk sebelah tangan.
Allah tak pernah tidak membalas Cinta hambanya, malahan Allah mencintai kita lebih dari rasa cinta yang kita mampu bagi
-Allah selalu ingat kat kita
Orang kata best kalau orang yang kita Cinta selalu ingat kat kita. So, tak best ke kalau Allah confirm2 SELALU ingat kat kita?
-Hati rasa tenang je.
Kita akan rasa tenang dan selamat sebab Allah SENTIASA ingat kat kita...Makhluk yang kita cinta beum tentu dapat ingat kita sentiasa...and Allah maha power, kalau kita dalam kesusahan dialah yang boleh bantu...kan lega hati tu
-No jealousy
Bile bercinta dengan Allah kalau boleh kita nak ajak ramai2 bercinta sekali ngan Allah...kita akan rasa nak share keindahan bercinta dengan Sang Khaliq...kalau bercinta ngan bf or gf tu???nak share ke??errr

Setakat ni aku mampu menulis...mohon maaf sekiranya ada perkataan yang mengguris kalbu
Salam mujahadah~



0 comments :

Post a Comment

*Bentang karpet merah*
~Teguran anda amat saya hargai,sebarang perkongsian atau pembetulan fakta amat dialu-alukan~
Terima kasih :D
SIlakan komen

Template by:

Free Blog Templates