28 April 2013

Entry khas buat pencinta novel...eheh

Sumber :Jambatan
Membaca jambatan ilmu 

Sumber : buku

Sudah pasti rata-rata rakyat Malaysia sudah lali dengan kata-kata ini. Lebih-lebih lagi pelajar-pelajar sekolah. Kerana pepatah ini sering dijadikan tajuk yang hangat bak lava (Hiperbola) untuk soalan karangan mahupun tajuk bagi pemidato.


Sebut pasal membaca sudah pasti otak sudah bekerja keras membentuk imej buku dalam pelbagai rupa dan memaparkannya di minda. Sebab utamanya sudah pastilah kerana bahan bacaan utama ialah buku. Kan? Takkanlah membaca katil pulak kan?? *lawak hambar dan cengkerik pun bernyanyi


Dan...salah satu jenis buku yang ada ialah novel :)


 Ye novel. Apa itu novel? Buku tebal yang beratus-ratus muka surat yang mengisahkan kisah cinta kah? Bahan bacaan remaja kah? atau lain-lain kah?

novel: 

cerita dlm bentuk prosa, biasanya pan­jang dan kompleks, yg berkaitan dgn pe­ngalaman manusia dan kelakuan sosial; ~ murahan novel yg rendah nilai kan­dung­annya atau mutu fizikalnya; bernovel bergiat dlm penulisan novel; pernovelan perihal menulis novel.

Maka setelah diringkaskan, novel ialah cerita yang ditulis berkaitan dengan pengalaman manusia ataupun apa-apa yang berkaitan dengan kisah kehidupan manusia dan ianya panjang. 

"Apa masalah novel? Kenapa siap buat entry khas untuk pencinta novel?"

Baiklah...mari kita fikirkan bersama...

Kebanyakan remaja di Malaysia khususnya tersangatlah gemar membaca novel bukan? Bahkan wujud gelaran "Kaki Novel" bagi para-para pencinta novel ini. Malah sekiranya anda bertuah, anda pasti akan dapat berjumpa dengan mereka yang memegang novel di tangan. Barangkali mereka tidak mahu terlepas sambungan cerita yang mereka sedang baca itu lalu mengambil keputusan untuk membacanya ketika ada masa lapang meskipun sedetik. *Thumbs up

Kuakui, zaman sekolah menengah dahulu pun aku pernah menggemari novel dan sanggup menunggu giliran untuk meminjam novel daripada sahabat yang memilikinya. Berdasarkan novel yang dibaca pada zaman tersebut, rata-rata sahabatku kelihatan agak obses dengan cerita yang dibacanya. *Mungkin penggunaan obses itu agak melampau...

Barangkali ada dalam kalangan kita yang sangat taksub dengan kisah perjalanan hidup watak dalam novel itu sehingga dia membayangkan dirinya sendiri sebagai watak di dalam novel tersebut. Tak mustahil kan? Okay movies pun sama. Ada orang yang meletakkan dirinya pada watak tertentu dan bermulalah siri angan-angan yang tak berpenghujung. Bahkan ada yang mengeluarkan kenyataan seperti ini :

"Kalaulah hidup aku macam dalam novel tu kan best. Alah, tapi tu kan novel je cerita rekaan. Tak mungkinlah aku life aku seseronok itu."

monyet terkejut
Harimau terkejut
Itu dia. Inilah yang perlu dijelaskan. Subhanallah, tidak yakinkah kita bahawa Allah merupakan penulis cerita terhebat? Barangkali di saat segelintir daripada kita melafazkan ungkapan itu, mereka terlupa sebentar hakikat Allah ialah pelakar cerita terhebat. Tambahan lagi, lakaran ceritaNya sangatlah menarik, penuh corak dan warna dan dilimpahi dengan pelbagai rasa. Tidak dinafikan, novelis-novelis tersebut juga merupakan insan yang hebat kerana berjaya menulis cerita yang berjaya menambat hati-hati pembacanya supaya lebih menghayati kisah yang direkanya. Tetapi, adalah lebih baik sekiranya mereka menambat hati-hati pembaca mereka agar mereka turut serta mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Subhanallah.

 Maka, kepada para pencinta novel atau kaki novel... Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya anda membaca novel tersebut, cuma barangkali anda perlu mengawal hati anda supaya tidak tenggelam di dalam kisah cerita buatan manusia. Yakinlah kisah hidup anda jauh lebih indah daripada apa yang dikisahkan. Berusahalah mencorakkannya dengan lebih indah dan panjatkanlah doa kepadaNya supaya anda redha dengan kisah hidup anda. Untuk penulis novel pula, gunakan kelebihan anda untuk menambat hati-hati saudara kita agar lebih dekat dengan Allah. Inshaallah manfaatnya tersangat besar.

Semoga penulisan ini meberi manfaat. Sekian. Wasalam.








0 comments :

Post a Comment

*Bentang karpet merah*
~Teguran anda amat saya hargai,sebarang perkongsian atau pembetulan fakta amat dialu-alukan~
Terima kasih :D
SIlakan komen

Template by:

Free Blog Templates