Showing posts with label analogi. Show all posts
Showing posts with label analogi. Show all posts

22 December 2012

Jaga aurat Vs Jaga Hati?



Ayat yang sangat biasa kita dengar:

 Buat ape nak tutup aurat,bertudung labuh,baju labuh kalau hati busuk? 



Recently aku terdengar seorang hamba Allah (*nama dirahsiakan) dengan bangganya berkata,

 Jaga hati tu yang penting sebelum nak tutup aurat bagai. Kalau kita tutup aurat sekalipun tapi kalau ade orang niat jahat nak kenakan kita same je. 
Benarkah ini semua???

Sebenarnya ramai yang terpengaruh dengan kata-kata ni. Sebab tu ramai orang Islam kini membuat keputusan untuk membuka aurat dengan sewenang-wenangnya dan menganggap hanya hati yang perlu dijaga.

Perlu ke kita jaga hati???

"Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging,
apabila segumpal daging itu baik, maka akan baiklah
seluruh tubuhnya, dan apabila ia jelek maka jeleklah
seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu
adalah hati".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Maknanya?

Kita memang perlu jaga hati, sebab kalau hati kita buruk maka buruklah luaran kita. Tapi adakah kita hanya perlu menjaga hati semata-mata?

Okey cuba kita bandingkan dengan menjaga kesihatan? Kalau organ dalaman kita sihat maka tubuh luaran kita juga akan sihat kan? Macam mana pula nak jaga kesihatan organ dalaman tu? Mestilah daripada pemakanan dan gaya hidup yang sihat kan.

Kalau nak hati bersih ape yang perlu kita buat?
Kenalpasti dulu apa sebab hati jadi kotor?
Setiap dosa yang kita lakukan menyumbang kepada satu titik hitam atas permukaan hati kita kan? Kita ni manusia memang tak terlepas daripada melakukan dosa kan?

Good news!

Dosa kecil boleh dihapuskan dengan cara beristighfar dan mengambil wudhuk. Alhamdulillah, dapatlah kita jaga kebersihan hati kita tu.

Tapi, macam mana kalau kita tak tutup aurat? setiap kali orang nampak aurat kita, kita dapat dosa. Bertambah jugaklah titik hitan atas permukaan hati kita. Dah tu macam mana kita nak jaga kebersihan hati kita tu? perbuatan tu ibarat tabur habuk atas lantai sambil menyapu. Penat menyapu tak hilang tapi habuk asyik bertambah setiap masa. tak fade up ke nanti?

So? What's your decision?

Lebih baik baik kita kurangkan titik hitam atas permukaan hati kita sambil kita bersihkannya bukan?

Tutuplah aurat wahai saudaraku sayang :D
wasalam.




03 September 2012

DI subuh yang hening


Di suatu subuh yang hening...

Awal aku bangun hari ni...Alhamdulillah Allah masih mengizinkan aku untuk terus menghirup udaranya yang segar...Alhamdulillah aku masih sihat tubuh badan dan Alhamdulillah Allah masih mengurniakan aku nikmat Iman dan Islam


Kenapa awal aku bangun hari ni?
Sebab utamanya ialah homework yang tak siap...kenelah siapkan sebelum pergi kelas kan? Nanti lecturer marah...confirm effect kat markah aku...end up, result aku pun mungkin akan drop sekali...tambahan lagi, kalau lecturer tu sakit hati ngan aku sebab x siapkan homework dia...dah x berkat aku belajar...mungkin akan effect sepanjang aku belajar ngan dia...ada kemungkinan dia akan ungkit balik pasal homework dia yang aku tak siapkan tu...aisyyy takmo la jadi gitu...So, siapkanlah...okey dah siap :)


Lepas selesai homework tu aku terfikir sejenak:
Aku boleh bangun pagi awal tanpa sambung tidur balik sebab homework.
Alangkah indahnya kalau aku bangun awal tanpa menyambung tidur kerana berqiamullail.
Aku takut lecturer marah so, aku siapkan tugasan dia secepat mungkin.
Alangkah indahnya kalau aku selalu solat awal sebab takut Allah Murka.
Aku boleh segar buat homework ni sebab xnak buat satu kesilapan pun kalau boleh.
Alangkah indahnya kalau aku tetap segar sekiranya aku bangun pagi untuk bertahajjud.
Aku nak sangat jaga hubungan baik dengan lecturer dengan cara menyiapkan tugasan2 yang dia bagi sebab tak nak dapat bad effect pada result.
Alangkah indahnya kalau aku terus-terusan menjaga hubungan baik dengan Allah sebab aku sangat mendambakan syurganya.

Tapi itulah hikmahnya Allah tidak meperlihatkan pahala, dosa, syurga dan neraka. Maka dapatlah manusia yang lain melihat keikhlasan seseorang hamba itu beribadah kepada penciptaNya. Ya Allah semoga aku tidak lalai dalam melaksanakan tugasan-tugasanMu. Bimbinglah aku Ya Rabb. Amin.



27 August 2012

Papan tanda.



Thanks to papan tanda sebab memudahkan kita. betul tak? kalau kita confuse arah mana nak pergi, kita akan cari papan tanda kan? Hmm bagusnya ada papan tanda ni kan. Takdelah kita sesat...

Eh, dah ada papan tanda pun still ada yang sesat jugak? Kenape ye?

1. dah nampak papan tanda tu, tapi degil...nak jugak ikut arah lain.
2. Tak jumpe papan tanda yang betul.
3.Tak faham papan tanda tu tulis apa. *contohnye kalau pergi oversea gitu

Kes pertama tu memang cari pasal. Degil la katakan. Mungkin ni kategori orang bodoh sombong...kan?
Yang second tu pulak, kesian jugak kan? Dia salah tengok papan tanda... dah tersesat
Lastly tu pun masalah gak, pergi Thailand *contoh tapi tak tau berbahasa thailand...end up tak faham signboard tu tulis ape...sesat jugak

Ni apekes aku dok merau pasal papan tanda plak kan? Hmm yang tadi tu analoginye...ini pulak cerita disebalik analogi :)

Papan tanda ni kira macam penunjuk arah kan? Bagi kita sebagai orang Muslim, apa penunjuk arah kita? Ya pastinya Al-Quran kan?

Ceritanya hampir sama dengan apa yang di atas tadi...Kenapa dah ada Al-Quran yang lengkap tu pon still ada orang sesat???

Reason dia sama macam yang kat atas tadi.
1. Dah tau tapi takmo ikut. Ish3...jangan kita jadi macam ni...kita dah tau apa yang ada dalam Al-Quran tu semuanya betul...kita ikut je...bukan susah sangat sebenarnya...larangan Allah tu sangat sedikit tapi kita asyik dok fokus kat larangan je memang la kita rasa macam terbatas sangat-sangat kan??

2. Tak jumpa rujukan yang betul.
Yag ni agak kesian sikit. Golongan ni 'ter' rujuk pada orang atatu sumber yang salah...Hmm memangla jadi masalah...So, jadi tanggungjawab kita semua kene tolong golongan macam tu...jangan kita abaikan mereka...nanti kene soal tau.

3. tak faham.
Kalau pak arab ngan mak arab yang cakap arab daripada bayi pun kurang mengerti isi kandungan Al-Quran ni...lagikan kita orang yang bahasa ibundanya bukan bahasa arab. So, apa guna tafsir tu? Dah ada orang yang memudahkan urusan kita tapi kita je yang menyusahkan diri sendiri kan? Lagi satu, sebab tu ayat al-Quran yang pertama ialah Iqra'. Bacalah. Ianya suatu tuntutan kepada kita untuk belajarla kan? So, dalam proses memahami isi kandungan penunjuk arah kita tu, takde salahnye kita belajar bahasa arab. Lagi best kan? kalau Imam doa bahasa Arab kita faham...takdelah main Amin... je.

Choose Your destination :)
salam mujahadah :)




Template by:

Free Blog Templates