28 April 2013

Allah pandang usaha : Kisah si burung kecil.

 
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga jari-jemariku menari di atas papan kekunci dan menambahkan lagi seri pada blog ini...eh???

Barangkali ada dalam kalangan kita yang pernah mendengar kisah si burung kecil ini.Tetapi apakah significant kisah ini dengan usaha?

Sumber: Google

Mari kita imbas kembali kisah burung kecil ini:

Kisah burung kecil ini diceritakan sekitar zaman Nabi Ibrahim. Atau lebih tepat lagi kisah ini berlaku ketika Nabi Allah Ibrahim dibakar oleh kaumnya sendiri. Sedang api marak menyala membakar nabi Allah Ibrahim, burung kecil ini berulang-alik membawa air dengan paruhnya yang sangat kecil. Kerana berasa aneh, makhluk Allah yang lain mempersoalkan kelakuan burung ini. Namun begitu, burung kecil itu memberi jawapan yang pada pandanganku tersangatlah bermakna. 

“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Sumber : Google
Subhanallah. Pengajaran yang cukup bermakna bagiku. Kita sering berasa usaha yang kecil kita hanyalah sia-sia sekiranya ia tidak dapat memberi hasil yang hebat atau yang diiginkan. Sedangkan Maha suci Allah, kerana rahmatNya usaha kecil yang barangkali tidak membuahkan apa-apa hasil ataupun tidak dipandang orang tetap mendapat ganjarannya. 
Memang benar, kegagalan memberi kekecewaan yang teramat sangat hinggakan kita berasa usaha kita sangatlah sia-sia. Lebih-lebih lagi bagi para pelajar sekalian.Siapalah yang tidak diselubungi kekecewaan sekiranya kegagalan datang bertandang? Kegagalan memanglah tetamu yang lansung tidak diundang. Namun begitu, bermurung dan bersedih bukanlah penyelesaiannya. 

Seperti mana yang tersenarai di dalam rukun iman. Percaya kepada Qada' dan Qadar. Maka kita seharusnya mempertingkatkan usaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Walaubagaimanapun, kegagalan bukanlah bermaksud usaha itu hanyalah sesuatu yang sia-sia. Seharusnya ia menjadi pembakar semangat untuk kita. Kita seharusnya lebih banyak berusaha. Kerana Allah memandang usaha kita. Kita gagal barangkali disebabkan oleh usaha yang tidak mencukupi. Seperti si burung kecil tadi. 

Meskipun begitu, adalah menjadi kesalahan besar sekiranya kita berasa 
"Takpelah, aku memang dah gagal. Tapi aku dah berusaha. Oklah. Allah tak pandang hasil kan?"

Kita tetap dituntut untuk mendapatkan yang terbaik. Usaha hanyalah sesuatu yang harus ditunjukkan kepada Allah sebagai bukti bahawa kita bersungguh-sungguh inginkan sesuatu. Hasilnya adalah hak Allah. Allah tahu yang terbaik bagi kita. Kejayaan atau kegagalan itu sebenarnya adalah yang terbaik bagi kita. Kita harus belajar menerima ketentuanNya dengan hati yang terbuka. Tetapi ini juga bukan bermakna kita harus berlapang dada menerima kegagalan dengan tidak melakukan apa-apa. 

Sunnatullah. Sesiapa yang berusaha dia yang akan mendapatkan hasilnya. Maka kita tetap pelru berusaha. Sekali lagi, kita perlu berusaha. Semoga dengan usaha kita yang tidak seberapa itu diredhaiNya dan mendapat izinNya untuk beroleh kejayaan.

Selamat berusaha dan selamat maju jaya. May Allah bless be with all of us :)
Wasalam.





0 comments :

Post a Comment

*Bentang karpet merah*
~Teguran anda amat saya hargai,sebarang perkongsian atau pembetulan fakta amat dialu-alukan~
Terima kasih :D
SIlakan komen

Template by:

Free Blog Templates