15 November 2012

Kenapa singgah kalau tak masuk?

Kenapa singgah kalau tak masuk?
Eh, tu bukan tajuk lagu kumpulan Flava tu ke? Lagu lama tu kan?
Pintu keampunan Allah terbuka lebih luas...sangat-sangat luas



Stay chill. Memang itu tajuk lagu pun. *lagu peberet zaman dedulu :)
Cuma di petang-petang hari setelah seharian menghadap notes Intro to digital electronics,kepalaku dihujani idea dan jariku terpanggil untuk menari-nari di atas papan kekunci laptop Asusku yang berwarna merah ini...*errkk tak perlu rasenye

Okay back to our story, Dalam banyak-banyak tahuk lagu kenapa tajuk lagu yang ni yang dipilih?
*diingatkan di sini TAJUK LAGU bukan lagunya ok?

Sama ada sedar atau tidak, kebanyakan daripada kita rakyat Malaysia khususnya...kita setakat "menyinggahi" Islam...kurang jelas?
Takkan singgah je? Jom masuk :)


okay, bayangkan kalau kita pergi menziarah atau melawat sesuatu tempat tu kita mesti akan bawak balik souvenir daripada situ kan? atau kalau pergi ke rumah sesiapa mungkin dia akan bagi buah tangan sikit sebelum balik *tradisi saudara-maraku.

Maknanya kita akan ambil sedikit sesuatu daripada tempat persinggahan kita tadi *merujuk kepada souvenir dan buah tangan.

Nampak tak? Kenapa kita "singgah" Islam tapi tak "masuk" Islam terus?

----------------------------------scenario----------------------------------

"Saya ni dah Islam sejak lahir tau. Kenapa nak masuk Islam lagi?"

"Saya dahulu Non Muslim, tapi sebelum berkahwin dengan isteri saya, saya dah masuk Islam."

gambar sekadar hiasan

Alhamdulillah kita dilahirkan dalam keluarga Islam. Tapi seperti yang dinyatakan di atas *scroll ke atas kalau tak ingat, ramai di antara kita ni cuma "menyinggahi" Islam. Islam bukan setakat agama, Islam itu cara hidup yang sempurna.

Alhamdulillah juga sekiranya ada yang berjaya mengislamkan Non Muslim di luar sana kemudian bernikah dengan mereka. Tapi adakah hati mereka benar-benar inginkan Islam atau sekadar Islam kerana ingin menikah? Berbaik sangkalah dengan mereka tetapi menjadi tugas kita untuk membimbing mereka supaya tidak tersasar dari jalan Allah. jangan lepaskan tangan hanya kerana mereka sudah bergelar "Muslim".


Jom Masuk Islam :)



0 comments :

Post a Comment

*Bentang karpet merah*
~Teguran anda amat saya hargai,sebarang perkongsian atau pembetulan fakta amat dialu-alukan~
Terima kasih :D
SIlakan komen

Template by:

Free Blog Templates