12 November 2012

Kasihannya :(

gambar sekadar hiasan :)

"Aidil,bangun subuh nak."
Dengan lembut dan penuh kasih sayang Puan Liza menyentuh ibu jari kaki anaknya. Digerakkan ibu jari kaki itu perlahan-lahan agar anaknya sedar dari lena.

"Ibu,Aidil ngantuk lagi ni. Ibu tak kasihan ke tengok Aidil penat stay up study untuk final exam?"
Aidil sudah bangkit dari tempat tidurnya tetapi dia masih terduduk di tepi katil dengan mata yang masih belum mahu dibuka.
normal life student kan ? :)


Dengan senyuman yang manis Puan Liza mengusap kepala anak bujangnya itu.

"Memang ibu kasihan kat Aidil, sebab tulah ibu kejutkan Aidil."

"Kalau ibu betul kasihankan Aidil ibu patut biarkan Aidil tidur dulu. Nanti lewat sikit barulah ibu kejut." Pantas ucapan ibunya dipotong. Badannya benar-benar rasa keletihan dan dia berasa sedikit marah dengan tindakan ibunya yang mengejutnya di awal waktu. Dikerlingkan matanya ke arah jam. Sepuluh minit lagi baru masuk waktu. Waktu itu dirasakan terlalu awal baginya untuk bangun. Apatah lagi malam tadi dia tidur lewat kerana menelaah untuk peperiksaan akir tahun yang semakin dekat.

"Ibu nak kita jemaah sama-sama Aidil, sekali dengan ayah."

"Tapi kan nanti Aidil boleh solat sendiri. Tak salah pun kan?"

"Boleh Aidil. Tapi Aidil, Aidil marah tak kalau ibu dengan ayah pergi jalan-jalan tak bawak Aidil sekali?"

"Mestilah marah? Susah sangat ke nak tunggu Aidil? Kan Aidil ni anak tunggal ibu dengan ayah. Eh, kenapa ungkit soal jalan pagi-pagi ni? Ibu dengan ayah nak pergi mana?"

"Tak kemana-mana Aidil. Aidil tak mahu kena tinggal sebab Aidil tahu jalan-jalan tu seronok kan? Sebab tu kami nak ajak Aidil solat jemaah. Pahalanya lagi banyak jadi kami nak Aidil dapat sama. Lagi satu,kami memang kasihan kat Aidil sebab tidur lewat malam tadi. Tapi sebab kasihan juga Ibu kejut Aidil. Tak nak Aidil terlepas Subuh. Nanti Aidil kena seksa kat akhirat. Ibu dengan ayah tak sanggup nak tengok Aidil kena seksa."

Kelu lidah Aidil tatkala mendengar jawapan ibunya. dengan segera tangan ibunya disalam dan dicium sambil ucapan terima kasih tidak putus-putus keluar dari mulutnya. Barulah dia sedar kenapa orang tuanya berbuat demikian.

P/S:Jom kejut Kawan/family kita untuk solat subuh dan solat-solat yang lain :)



0 comments :

Post a Comment

*Bentang karpet merah*
~Teguran anda amat saya hargai,sebarang perkongsian atau pembetulan fakta amat dialu-alukan~
Terima kasih :D
SIlakan komen

Template by:

Free Blog Templates